Pengenalan Perjalanan Sistem Siapa Kami CINTAI HOLIDAYS
Pakej Produk Pelan Pemasaran Soalan Lazim Info


 


Siapa Kami..?


Maju Jaya Network Marketing.

Maju Jaya Network Marketing (605250-M) merupakan sebuah syarikat yang telah didaftarkan pada 22_May_2003 dengan tujuan untuk mengabungkan semua golongan masyarakat yang ingin menjana pendapatan daripada perniagaan Direct Selling atau MLM tetapi tidak berkebolehan  untuk menjual dan menaja, berganding bahu dengan mereka yang mampu melakukannya untuk menjadi sebuah kumpulan maya yang besar. Di sini Maju Jaya Network Marketing menerima dengan terbuka apa jua direct selling atau MLM yang mempunyai daya maju sekiranya ia dipasarkan secara maya, dan pelan pemasarannya juga harus menarik.

Menerusi kumpulan maya ini, setiap ahli akan saling bantu-membantu serta bekerjasama di antara satu sama lain di dalam satu rantaian bagi mempromosikan perniagaan Direct Selling atau MLM yang diceburi.

Menerusi kumpulan maya ini juga, setiap ahli akan dibimbing serta diberi sokongan padu untuk berjaya di dalam perniagaan yang diceburi. Tidak kira walau di mana ahli berada, kita akan saling berhubungan melalui teknologi internet agar sama-sama mencapai kejayaan dan mencipta impian yang diharapkan.

Maju Jaya Network Marketing bukanlah merupakan sebuah syarikat direct selling atau MLM dan ia tidak menjual apa-apa produk sendiri atau menawarkan apa-apa insentif sendiri. Ia hanya berfungsi untuk menyediakan sokongan dalam bentuk sistem serta khidmat nasihat bagi membantu dan memudahkan setiap peserta membina kerjaya dalam perniagaan direct selling atau MLM, seterusnya berjaya meraih pendapatan yang lumayan. 

Syarikat MLM Yang Disertai

Untuk permulaan Syarikat Direct Selling  yang menjadi pilihan Maju Jaya Network Marketing untuk dipromosikan mengggunakan sistem ini ialah Cintai Holidays (M) Sdn. Bhd.. Syarikat inilah yang akan menawarkan segala insentif dan menguruskan segala bayaran perkhidmatan kepada para peserta. 

Mengapa Cintai Holidays dan tidak syarikat Direct Selling yang lain? Kami memilih Cintai Holidays berdasarkan kepada  4 faktor utama iaitu:

  • Kekukuhan syarikat: Merupakan syarikat kepunyaan Mr. Albert Lim, Dato' Shafie Abdullah.  

  • Produk yang ditawarkan: Menjurus kepada produk yang di promosi oleh Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan Malaysia iaitu Cuti-cuti Malaysia. Pakej ini juga dapat membantu sektor perhotelan dan pelancongan Negara yang terjejas teruk akibat wabak SARS.

  • Pelan Pemasaran yang mudah dan menarik. Pelan ini juga memberi peluang yang sama bagi setiap individu untuk berjaya. Tidak perlu 'maintain' jualan yang biasanya membebankan.

  • Peluang untuk berkembang: Produk dan Pelan pemasaran baru saja memasuki pasaran March 2003 dan masih lagi di dalam kumpulan awal ahli setakat ini hanya di dalam lingkungan 5000 orang.

 

Mengapa Perlu Mendaftar Menerusi Maju Jaya Network Marketing?

Secara ikhlas kami katakan bahawa anda boleh menyertai sebarang peluang perniagaan Direct Selling atau MLM tanpa perlu menyertai sistem ini. Akan tetapi, perlu diingat bahawa keupayaan seseorang individu itu secara bersendirian adalah terbatas walaupun anda merupakan seorang individu yang berbakat, keupayaan serta bekerja keras sehingga mampu menyakin serta menaja orang lain. Secara bersendirian, orang yang anda taja juga perlu mempunyai bakat, keupayaan serta perlu bekerja keras setanding anda. Jika tidak, pertumbuhan jaringan anda akan terbantut. Ketidakseimbangan di dalam pertumbuhan jaringan anda juga akan berlaku jika orang-orang yang anda taja terdiri daripada gabungan mereka-mereka yang pandai dan tidak pandai menaja. Jika ini berlaku, keyakinan anda akan menurun dan anda boleh gagal. Disinilah kami berfungsi iaitu membantu anda atau downline anda di dalam perkara yang paling susah di dalam MLM iaitu menaja. Kami bukan sahaja membantu anda, tetapi juga membantu keseluruhan jaringan downline anda! Inilah tujuan dan matlamat kami, membantu rakan-rakan di dalam industri ini untuk berjaya  dan seterusnya menjana pendapatan yang lumayan.

Maju Jaya Network Marketing juga menggalakkan ahli-ahlinya menaja dan memberi penerangan kepada potensi yang ada sendiri terlebih dahulu. Jika ahli tidak mampu atau jarak potensi anda jauh dari anda, anda boleh mengguna penerangan yang disediakan di web ini sebagai alat untuk memberi penerangan. Dengan kaedah ini anda boleh mempromosi produk di mana sahaja potensi anda berada.

Dengan kaedah ini ia mengubah persepsi masyarakat terhadap perniagaan 'Jualan Langsung' yang sebelum ini  amat tidak disenangi. Melalui teknik baru ini, semua golongan dapat menyertai program ini kerana ciri-cirinya yang unik lain, seperti :
 

penerangan & promosi secara 'online'

tidak perlu berpendidikan tinggi

hanya perlu meluangkan masa beberapa jam sahaja sehari

tidak perlu pengalaman khusus untuk menjalankannya

tidak perlu pandai bercakap (hanya guna internet)

tidak perlu berjumpa orang (hanya guna email)

tidak perlu menyimpan stok perniagaan

tidak perlu menghadiri mesyuarat atau seminar yang membosankan
 


 


Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran (mafhumnya): 

“Dan bantu-membantulah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu bantu-membantu di dalam berbuat dosa dan pelanggaran” 

(Surah Al-Ma’idah: 2)

Bagaimana Kami Membantu Anda?

Apa yang akan kami lakukan ialah membina rangkaian atau jaringan downline anda. Ini merupakan perkara asas kerana di dalam dunia Jualan Langsung, rangkaian atau jaringan memainkan peranan terpenting dalam menentukan pendapatan setiap peserta. Kami menyediakan beberapa kaedah mudah untuk anda memasarkan produk syarikat di samping kami membina jaringan downline anda, antaranya :

kaedah pemasaran melalui pengiklanan web
kaedah pemasaran melalui email
pemasaran melalui SMS
menyedia dan mengedar Broucher
penerangan berkelompok
wakil / pusat penerangan
menyediakan bahan untuk di 'download'
menyediakan skrip dan tips ilmu pemasaran


Dengan cara ini, kami yakin ianya akan mempercepatkan dan mempermudahkan kesemua individu yang menyertai program ini bersama kami.

Wassalam.

 



Penjelasan: Maju Jaya Network Marketing dan Cintai Holidays (M) Sdn. Bhd. merupakan 2 buah organisasi yang berbeza. Tiada sebarang perhubungan istimewa di antara kami dan syarikat Direct Selling tersebut. Kami hanya merupakan gabungan pengedar bebas kepada Cintai Holidays(M) Sdn. Bhd., sama sebagaimana pengedar-pengedar bebas yang lain. Yang membezakan kami dengan pengedar-pengedar bebas yang lain ialah dari segi sistem yang kami tawarkan. Sistem yang digunakan oleh Maju Jaya Network Marketing menjadikan perniagaan anda menjadi amat mudah jika dibandingkan dengan kaedah konvensional yang memerlukan setiap individu melakukan jualan dan membuat penajaan secara bersendirian.

 

 

 


Untuk Paparan Terbaik Sila Gunakan Browser Internet Explorer Dengan Resolusi 800x600

 

Disclaimer : Halaman Web ini merupakan halaman rasmi MajuNetwork Team yang diurus oleh Maju Jaya Network Marketing (001411540-D) dan bukan merupakan halaman rasmi Syarikat Jualan Langsung yang disertai. Walau bagaimanapun sistem yang diterangkan adalah menepati sistem dan disiplin yang di tetapkan oleh Syarikat 'Jualan Langsung' yang di ceburi.
 

 

©  2003 Copyright  Maju Jaya Network Marketing
webmaster@majunetwork.cjb.net